Home » Langit Terbuka » Wan Azizah seru jadikan Ramadan medan latihan hormati kaum dan agama

Wan Azizah seru jadikan Ramadan medan latihan hormati kaum dan agama

Timbalan Perdana Menteri berkata, ajaran Islam bukan hanya menganjurkan umatnya berbuat baik sesama Islam tetapi juga dengan bukan Islam. - Foto Mole.my

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat Malaysia agar menjadikan Ramadan sebagai satu medan latihan untuk hormat menghormati di antara kaum dan agama.

Beliau berkata, ia termasuklah melatih diri untuk bersabar dan tidak mudah ‘melatah’ apabila berdepan dengan provokasi khususnya di alam siber yang boleh menyebabkan ketegangan kaum.

Anggota Parlimen Pandan itu berkata, ajaran Islam bukan hanya menganjurkan umatnya berbuat baik sesama Islam tetapi juga antara bukan Islam.

“Hal ini jelas seperti firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat ayat 13, yang mengiktiraf kepelbagaian etnik itu sesuatu yang lumrah dan kepelbagaian itu untuk saling mengenali antara satu sama lain bukan untuk mencetuskan konflik.

“Ramadan bukan sahaja melatih kita untuk menjaga kemurnian ibadah secara individu, sebaliknya sentiasa berlapang dada menghadapi situasi-situasi mengeruhkan atau tegang kerana kerenah masyarakat,” katanya dalam ucapan pada majlis penyampaian sumbangan Ramadan kepada masjid dan surau Parlimen Pandan, di Ampang.

Pada majlis itu, beberapa pengerusi masjid dan surau di kawasan parlimen itu menerima sumbangan berbentuk cek untuk kegunaan ahli kariah sepanjang bulan Ramadan.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Datuk Abd Hamid Hussain. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *