Kenyataan tidak berasas isu kuota haji boleh jejas hubungan Malaysia, Arab Saudi

0
298
Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, penetapan kuota haji dan pemberian kuota tambahan berdasarkan rayuan adalah hak Arab Saudi. - Foto MalaysianTimes

PARIT BUNTAR – Semua pihak diminta tidak membuat sebarang kenyataan tidak berasas berkaitan kuota haji negara ini hingga boleh menjejas hubungan baik antara Malaysia dengan kerajaan Arab Saudi.

Menegaskan demikian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, penetapan kuota haji dan pemberian kuota tambahan berdasarkan rayuan adalah hak Arab Saudi.

“Janganlah kita mengheret isu kuota tambahan 10,000 jemaah haji dengan mendakwa kerajaan tidak baik terhadap Islam sedangkan ia satu rumusan yang berbahaya. Jangan ghairah tunjuk kononnya bela Islam.

- advertisement -

“Dalam rekod beberapa tahun lalu Arab Saudi tidak pun bagi kuota itu kepada kita. Mungkin dia (Arab Saudi) akan bagi dalam last minit dan saya anggap dia (Asyraf Wajdi) tidak ada modal politik dan gambarkan bahawa puncanya dari kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas menutup Program Jurutera Masuk Desa (Jumdesa) 6.0 di Kampung Sungai Megat Aris, Bagan Tiang dekat sini hari ini (5 Mei).

Beliau mengulas kenyataan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki semalam yang mendakwa umat Islam kehilangan kuota tambahan sebanyak 10,000 untuk menunaikan haji setiap tahun berikutan hubungan dingin antara kerajaan PH dengan Arab Saudi.

Kenyataan Asyraf dalam satu majlis di Mergong, Kedah pada Jumaat lalu disiarkan Utusan Malaysia.

Menjelas lanjut, Mujahid yang juga Anggota Parlimen Parit Buntar meminta Asyraf dan Utusan Malaysia agar memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana mengeluarkan kenyataan yang buruk mengenai jemaah haji dan kerajaan Arab Saudi.

“Saya telah pergi ke Arab Saudi dan tak timbul masalah hubungan kita Malaysia dengan Arab Saudi,” katanya.- Utusan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here