Iftar pelbagai agama di Masjid Kampung Tunku

KUALA LUMPUR – Buat pertama kali, buka puasa membabitkan pelbagai agama dan bangsa dijalankan di Masjid Kampung Tunku, SS1 Petaling Jaya dekat sini hari ini (31 Mei). Majlis yang dinamakan Ramadan Muhibah itu menarik kira -kira 50 hadirin jemputan khas yang terdiri dalam kalangan pemimpin-pemimpin masjid kawasan sekitar Kampung Tunku serta beberapa buah rumah ibadat […]

Masjid Negara laksanakan solat sunat Aidilfitri

KUALA LUMPUR – Masjid Negara akan melaksanakan Solat Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal 1440H/2019 Hijrah, walaupun ia masih dalam proses membaik pulih dan sedang dinaik taraf. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, berkata dewan solat utama masjid itu kini sudah siap sepenuhnya. Katanya, Masjid Negara dengan kerjasama RTM juga […]

TPM tiba di Arab Saudi untuk Sidang Kemuncak OIC

MAKKAH – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di sini untuk menyertai Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Sesi Ke-14 yang bermula 31 Mei (Jumaat). Pesawat membawa Timbalan Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah pada jam 3.45 petang (waktu tempatan). Dr Wan Azizah yang mengetuai delegasi Malaysia ke […]

Jangan salah guna kebebasan media untuk mainkan isu agama, kaum

GEORGE TOWN – Semua pihak tidak seharusnya menyalahgunakan dasar kebebasan media yang diamalkan Pakatan Harapan untuk memainkan isu kaum atau agama yang boleh menimbulkan rasa kebencian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa. Katanya pihak pembangkang khususnya harus menggunakan kebebasan media yang diberikan ini untuk mewujudkan persaingan yang sihat yang […]

Kunjungan YADIM ke Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA – Sebagai salah satu usaha mempromosi dan memperkenalkan gerak kerja dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini mengadakan kunjungan ke Kementerian Kewangan di sini. YADIM diwakili oleh Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, YB Sheikh Omar Ali, Ketua Pegawai Operasi, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh […]