Home » Langit Terbuka » Iftar pelbagai agama di Masjid Kampung Tunku

Iftar pelbagai agama di Masjid Kampung Tunku

Majlis dinamakan Ramadan Muhibah itu menarik kira -kira 50 hadirin jemputan khas terdiri dalam kalangan pemimpin-pemimpin masjid kawasan sekitar Kampung Tunku serta beberapa buah rumah ibadat bukan Islam. - Foto Ihsan Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR – Buat pertama kali, buka puasa membabitkan pelbagai agama dan bangsa dijalankan di Masjid Kampung Tunku, SS1 Petaling Jaya dekat sini hari ini (31 Mei).

Majlis yang dinamakan Ramadan Muhibah itu menarik kira -kira 50 hadirin jemputan khas yang terdiri dalam kalangan pemimpin-pemimpin masjid kawasan sekitar Kampung Tunku serta beberapa buah rumah ibadat bukan Islam.

Program ini juga menarik kehadiran pemimpin bukan Islam dari Tokong Fo Guang Sham SS3 dan Gabungan Persatuan Cina Petaling Jaya.

Ia merupakan inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku, Lim Yi Wei.

Yi Wei ketika ditemui pemberita berkata, program berkenaan bertujuan merapatkan pemimpin pelbagai agama dan memupuk perpaduan antara kaum.

Katanya, ini merupakan inisiatif pertama kali dijalankan di masjid dalam kawasan jagaannya.

“Program ini adalah merupakan sambungan projek komuniti yang bermula pada tahun lalu.

“Walaupun pemimpin-pemimpin dari agama Kristian dan Hindu tidak datang kerana mempunyai hal yang tidak dapat dielakkan, program ini tetap berjalan lancar,” katanya.

Yi Wei turut mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Masjid Kampung Tunku yang sudi ‘membuka pintu’ untuk melancarkan lagi program berkenaan.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Masjid Kampung Tunku, Wan Huzaini Wan Hussin.

Kampung Tunku mempunyai taburan penduduk kira-kira 60 peratus Cina, 20 peratus Melayu dan 20 peratus lagi India serta lain-lain kaum. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *