Home » Citra Yadim » Kunjungan YADIM ke Kementerian Kewangan

Kunjungan YADIM ke Kementerian Kewangan

Yang Dipertua YADIM (dua dari kiri) dan delegasi badan ini selepas mengadakan perbincangan dengan Menteri Kewangan.

PUTRAJAYA – Sebagai salah satu usaha mempromosi dan memperkenalkan gerak kerja dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini mengadakan kunjungan ke Kementerian Kewangan di sini.

YADIM diwakili oleh Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, YB Sheikh Omar Ali, Ketua Pegawai Operasi, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh serta Pengurus Kanan Sektor Pengurusan, Suhaila Sahibul Ghani.

Delegasi kemudiannya mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng selama sejam. Dalam kesempatan itu, Guan Eng antara lain diberikan penerangan tentang YADIM serta gerak kerja dakwahnya.

Fungsi dan hala tuju YADIM ketika ini di bawah kepimpinan baru turut dijelaskan, selain kemampuan badan ini untuk  membantu kerajaan mahupun negara terutama dalam hal hal penyelarasan kegiatan badan bukan kerajaan (NGO) serta pelajar.

Turut diterangkan ialah perancangan masa hadapan YADIM serta gerak kerja yang akan diambil bagi memastikan mesej Rahmatan Lil Alamin dapat disebarluaskan dalam pelbagai bidang.

Kedua-dua pihak juga bertukar pandangan mengenai isu isu semasa dalam negara selain perbincangan tentang kerjasama yang dilaksanakan sejajar dengan pendekatan Fastabiqul Khairat yang dibawa oleh YADIM.

Guan Eng menyambut baik penerangan serta hasrat yang disampaikan YADIM serta menyatakan komitmen untuk meneliti sebaiknya ruang kerjasama yang dicadangkan oleh YADIM demi kebaikan dan keharmonian negara.

 

 

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *