Home » Langit Terbuka » Masjid Negara laksanakan solat sunat Aidilfitri

Masjid Negara laksanakan solat sunat Aidilfitri

Ketua Pengarah Jakim memberitahu, solat sunat Aidilfitri akan bermula pada jam 8.30 pagi hingga jam 9.15 pagi termasuk khutbah Hari Raya, manakala takbir raya akan bermula pada jam 7 pagi, pada tahun ini. - Foto HolidayGoGoGo

KUALA LUMPUR – Masjid Negara akan melaksanakan Solat Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal 1440H/2019 Hijrah, walaupun ia masih dalam proses membaik pulih dan sedang dinaik taraf.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, berkata dewan solat utama masjid itu kini sudah siap sepenuhnya.

Katanya, Masjid Negara dengan kerjasama RTM juga akan menyiarkan siaran Solat Hari Raya Aidilfitri secara langsung di TV1 seperti tahun sebelumnya.

“Solat bermula pada jam 8.30 pagi hingga jam 9.15 pagi termasuk khutbah Hari Raya, manakala takbir raya Aidilfitri akan bermula pada jam 7 pagi sehingga bermula solat sunat Aidilfitri,” katanya.

Mohamad Nordin turut menasihati umat Islam agar mengambil peluang beribadah di penghujung Ramadan ini ke arah mencapai ganjaran Lailatul Qadar. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *