Semua jemaah haji Malaysia kini di Makkah

MAKKAH – Semua jemaah haji yang tiba ke Tanah Suci telah berada di Makkah pada pukul 1 tengah hari semalam, kata Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi kenyataan hari ini (24 Julai). Kenyataan itu memberitahu lebih 17,800 jemaah haji Malaysia telah berada di Makkah yang mana jumlah itu adalah kira-kira 59 peratus daripada keseluruhan 30,200 jemaah […]

Jangan tularkan status hina Nabi SAW di FB

SHAH ALAM – Unit Pemantauan Isu Hina Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan warganet di negara ini supaya tidak berkongsi status menghina Nabi Muhamad SAW oleh pemilik akaun Facebook bernama Wendy Loong. Jakim dalam kenyataannya berkata, jika status itu masih lagi dikongsikan di mana-mana platform komunikasi, ini bermakna pihak berkenaan telah menjadi penyebar kepada […]

Ismail Yaacob, jemaah haji kedua meninggal dunia

MAKKAH – Ismail Yaacob, 67, jemaah haji dari Cherang Ruku, Kelantan meninggal dunia di Hospital King Faisal di sini, petang kelmarin, akibat kegagalan jantung dan paru-paru yang disebabkan oleh serangan jantung. Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) Dr Mohammad Faid Abd Rashid berkata Ismail, jemaah haji kedua Malaysia meninggal dunia, dimasukkan ke klinik kecemasan di penginapannya […]

Mangsa kebakaran Kampung Sungai Gulang Gulang disantuni SAR Kuala Selangor

TANJONG KARANG – Prihatin dengan musibah dan kesulitan dihadapi sebuah keluarga di sini akibat kehilangan kediaman dalam satu kejadian kebakaran, Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Selangor bertindak pantas menghulurkan sumbangan mereka. Sumbangan berbentuk wang tunai itu disampaikan oleh Ketua SAR Kuala Sekangor, Asma Husin kepada anak pasangan Suhaili Zahar dan Siti Ruminah Samai, Nurul Najwa […]

Nik Omar terima kunjungan Nakhaie

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), pada 24 Julai telah menerima kunjungan bekas Yang Dipertuanya, Datuk Nakhaie Ahmad. Beliau telah mengadakan pertemuan lebih sejam dengan Yang Dipertua YADIM ketika ini, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz di pejabatnya, untuk berbincang mengenai beberapa perkara, khususnya berkaitan dakwah islamiah di negara ini. Turut serta […]

IFSC, YADIM banyak persamaaan

PUTRAJAYA – “Melihat pada objektif, visi dan misi anda, saya lihat kita ada banyak persamaan. Kedua organisasi ini bekerja untuk Islam,”. “Kami merasa seperti di tanah air sendiri semasa melihat video korporat anda, malah muzik latar yang digunakan juga lagu untuk tentera Uthmaniah” kata Presiden Ahli Mesyuarat Tertinggi Istanbul Foundation for Science and Culture (IFSC), […]