Home » Citra Yadim » Nik Omar terima kunjungan Nakhaie

Nik Omar terima kunjungan Nakhaie

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), pada 24 Julai telah menerima kunjungan bekas Yang Dipertuanya, Datuk Nakhaie Ahmad.

Beliau telah mengadakan pertemuan lebih sejam dengan Yang Dipertua YADIM ketika ini, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz di pejabatnya, untuk berbincang mengenai beberapa perkara, khususnya berkaitan dakwah islamiah di negara ini.

Turut serta dalam perbincangan tersebut ialah Ketua Pegawai Operasi, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh serta Ketua Sektor Penyelidikan dan Penerbitan Dakwah, dan Dr Masitah Esa.

Antara perkara berkaitan dakwah yang dibincangkan termasuklah usaha pengislaman, program program untuk menarik golongan muda, rancangan berimpak tinggi, cabaran semasa serta usaha menyebarkan rahmah Islam untuk dirasai semua.

Mengambil peluang bertemu dengan antara mantan Yang Dipertua yang lama menerajui badan dakwah ini, Nik Omar dan Tuan Kamarul turut tidak melepaskan peluang bertanyakan pandangan daripada Nakhaie tentang bagaimana mengemudikan YADIM pada masa kini.

Nakhaie berpandangan, usaha dakwah perlu dilakukan secara telus oleh YADIM, dengan memberi fokus kepada golongan sasarnya.

Beliau juga berpendapat, usaha dakwah juga perlu dikembangkan dan dilaksanakan secara bersama dengan negara jiran seperti Indonesia memandangkan banyak persamaan antara umat Islam Malaysia dan negara itu.

Nakhaie dilantik sebagai Yang Dipertua YADIM pada tahun 2000 dan memegang jawatan itu hingga 2009.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *