Home » Langit Terbuka » Jangan tularkan status hina Nabi SAW di FB

Jangan tularkan status hina Nabi SAW di FB

Jika sebarang status menghina Nabi disebarkan di mana-mana platform komunikasi, ini bermakna pihak berkenaan telah menjadi penyebar kepada penghinaan Nabi SAW, jelas Jakim. - Foto Jakim

SHAH ALAM – Unit Pemantauan Isu Hina Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan warganet di negara ini supaya tidak berkongsi status menghina Nabi Muhamad SAW oleh pemilik akaun Facebook bernama Wendy Loong.

Jakim dalam kenyataannya berkata, jika status itu masih lagi dikongsikan di mana-mana platform komunikasi, ini bermakna pihak berkenaan telah menjadi penyebar kepada penghinaan Nabi SAW.

“Jakim menyeru seluruh rakyat Malaysia menjaga keharmonian antara agama dan kaum di negara ini selaras dengan inisiatif pihak kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara Rahmah,” kata kenyataan itu hari ini (24 Julai).

Sejak kelmarin katanya, Unit Pemantauan Isu Hina Islam Jakim menerima mesej aduan dalam jumlah yang banyak melalui aplikasi WhatsApp berhubung perkara itu.

“Melalui semakan dan carian di Facebook didapati akaun berkenaan sudah tidak dijumpai. Sama ada ditutup atau dinyah aktif oleh pihak Facebook.

“Sementara laman ‘Kiub Batu Itu Berhala’ di Facebook ditukar kepada status kumpulan tertutup khusus untuk ahli kumpulan tersebut sahaja.” jelas kenyataan itu.

Namun, usaha mengesan pemilik akaun tersebut tetap diteruskan dengan kerjasama agensi berkaitan.

Semalam, Sinar Harian melaporkan polis menerima 11 aduan daripada badan bukan kerajaan dan orang perseorangan mengenai posting menghina Nabi Muhamad SAW oleh pemilik akaun Facebook bernama Wendy Loong. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *