Hasyudeen dilantik Pengarah Urusan Kumpulan TH baharu

PUTRAJAYA – Tokoh korporat dan akauntan bertauliah, Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) berkuat kuasa pada 1 September ini. Pelantikan itu dibuat bagi menggantikan Datuk Seri Zukri Samat yang menamatkan kontrak perkhidmatannya lebih awal atas faktor kesihatan selepas menyumbang lebih setahun di institusi kewangan […]

Dakwah santai Prodaksi di Pulau Mabul

SEMPORNA – Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) serta agensi agensi agama yang terlibat dengan Program Dakwah Kawasan Operasi (Prodaksi) meneruskan program mereka ke Pulau Mabul di sini, pada hari kelima program (22 Ogos). Selepas memulakan perjalanan menaiki bot selama sejam ke pulau berkenaan, pasukan Prodaksi tiba di sana pada jam 9 pagi dan disambut mesra […]

70 buah keluarga Orang Asli terima sumbangan Karnival Rahmah

MUADZAM SHAH – Karnival Rahmah Muadzam Shah yang memasuki hari terakhir pada 23 Ogos diteruskan YADIM dengan pengisian pengisian yang memberi manfaat untuk semua. Antara program utamanya ialah Ziarah Rahmah ke dua perkampungan Orang Asli di sini iaitu Kampung Buluh Nipis dan Kampung Mikang. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia yang diketuai Ketua Pegawai Operasinya, Tuan Kamarul […]

Pensyarah UKM dilantik pesuruhjaya kanak-kanak pertama Suhakam

PETALING JAYA – Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Noor Aziah Mohd Awal dilantik sebagai pesuruhjaya kanak-kanak pertama bagi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). Dalam kenyataan hari ini, Pejabat Perdana Menteri berkata Yang di-Pertuan Agong bersetuju dengan pelantikan Noor Aziah untuk jawatan tersebut menurut subseksyen 5(2) Akta Suhakam bagi sesi 2019-2022. “Pelantikan ini […]

Program ‘Prodaksi’ mampu menyantuni ummah dan merai kepelbagaian agama serta bangsa

SEMPORNA – Program Dakwah Kawasan Operasi (PRODAKSI) wajar dilaksanakan di Sabah kerana ia bukan sahaja berupaya memberikan pendedahan kepada konsep yang baik malah dapat menyantuni ummah sertai merai kepelbagaian agama dan bangsa di negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Haji Apdal berkata, program yang bersifat turun padang itu amat signifikan dalam memahami […]

‘Jika tiada sijil halal, jangan salah guna tulisan jawi’

PUTRAJAYA – Syarikat bukan Islam yang tidak mempunyai sijil halal tetapi menggunakan tulisan jawi pada pembungkusan produk untuk tujuan mengelirukan pengguna boleh diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011). Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, larangan itu sudah termaktub dalam undang-undang dan pihak yang didapati bersalah […]