Home » Langit Terbuka » Program ‘Prodaksi’ mampu menyantuni ummah dan merai kepelbagaian agama serta bangsa

Program ‘Prodaksi’ mampu menyantuni ummah dan merai kepelbagaian agama serta bangsa

SEMPORNA – Program Dakwah Kawasan Operasi (PRODAKSI) wajar dilaksanakan di Sabah kerana ia bukan sahaja berupaya memberikan pendedahan kepada konsep yang baik malah dapat menyantuni ummah sertai merai kepelbagaian agama dan bangsa di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Haji Apdal berkata, program yang bersifat turun padang itu amat signifikan dalam memahami keperluan dan kehendak masyarakat yang dikunjungi seterusnya menyahut saranan pihak kerajaan yang mementingkan kaedah menyelusuri dan menyantuni masyarakat walau di mana jua mereka berada.

Katanya, program gabungan rakan kerja strategik di antara diketuai oleh Kor Agama Tentera (KAGAT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), agensi-agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu memberikan satu impak yang sihat dan sewajarnya diteruskan pada masa-masa yang akan datang.

Beliau yang Ahli Parlimen Semporna berkata demikian ketika merasmikan Prodaksi di Masjid Maqbul Pulau Mabul di Semporna. Teks ucapannya disampaikan Pembantu Menteri Kewangan, Sarifuddin Hata.

Shafie berterima kasih kepada pihak ATM kerana terlibat dalam program keagamaan seumpama itu.

Jelasnya, ATM merupakan barisan pertahanan negera, namun mereka juga mampu melaksanakan gagasan Rahmatan Lil Alamin (Pembawa Rahmat kepada Alam), dan mewujudkan kedamaian dan keharmonian negara ini.

Oleh itu menurut Shafie, kerajaan Negeri Sabah sentiasa mengalu-alukan kedatangan agensi persekutuan dan Badan Bukan Kerajaan mahupun individu yang ingin menabur bakti khidmat masyarakat seperti Prodaksi.

Antara agensi yang terlibat dalam program dua hari yang bermula kelmarin itu, KAGAT, JAKIM, JHEAINS, MAWIP, YAPEIM, Yayasan RESTU, Yayasan TAQWA, YADIM DAN MAPIM.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Operasi KAGAT Brigeder Janeral Dato Haji Nawawi Haji Daud ketika ditemui pemberita berkata, program Prodaksi yang dianjuran pihaknya kali ini lebih menyasarkan masyarakat daripada tentera memandangkan mendapat kerjasama agensi-agensi agama lain di negara ini.

Pada majlis itu, Nawawi menyerahkan sumbangan kepada Madrasah Islamiah Maqbul Pulau Mabul berupa bantuan sekolah seperti alat tulis dan wang tunai RM5,000, kelengkapan pengurusan jenazah, telekung, sejadah, kain pelekat dan Al-Quran untuk masjid kampung berkenaan. – BestTawauFM

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *