Home » Langit Terbuka » Pensyarah UKM dilantik pesuruhjaya kanak-kanak pertama Suhakam

Pensyarah UKM dilantik pesuruhjaya kanak-kanak pertama Suhakam

Noor Aziah mempunyai lebih 23 tahun pengalaman dalam bidang hak asasi manusia terutama berkaitan hak wanita dan kanak-kanak melalui aspek perundangan. - Foto MatKongsi.Blogspot

PETALING JAYA – Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Noor Aziah Mohd Awal dilantik sebagai pesuruhjaya kanak-kanak pertama bagi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Dalam kenyataan hari ini, Pejabat Perdana Menteri berkata Yang di-Pertuan Agong bersetuju dengan pelantikan Noor Aziah untuk jawatan tersebut menurut subseksyen 5(2) Akta Suhakam bagi sesi 2019-2022.

“Pelantikan ini adalah antara langkah pembaharuan yang diambil kerajaan dalam melindungi hak kanak-kanak.

“Ia berkuatkuasa mulai 27 April 2019,” kata kenyataan itu. Noor Aziah merupakan ahli Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak (2017-2019) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau juga dilantik sebagai wakil Malaysia dalam Asean Commission on the Promotion and Protection of the Rights of Women and Children (2016-2019) dan Pengerusi Majlis Perundingan Wanita Islam Malaysia- Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) (kini Majlis Perundingan Wanita Rahmah – MAWAR) (2013-2019).

“Beliau mempunyai lebih 23 tahun pengalaman dalam bidang hak asasi manusia terutama berkaitan hak wanita dan kanak-kanak melalui aspek perundangan,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan untuk melantik pesuruhjaya kanak-kanak berbanding cadangan menubuhkan Suruhanjaya Kanak-kanak bagi menyelesaikan isu berkaitan perlindungan golongan itu. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *