Tiada keperluan perkenal akta baharu berkaitan halal

PARIT BUNTAR – Tiada keperluan untuk menggubal akta baharu berkaitan pensijilan halal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. Beliau berkata ini kerana terdapat akta sedia ada bagi mengawal penggunaan label pensijilan logo halal ke atas pembekalan produk, sama ada makanan atau perubatan kepada pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam […]

Tahniah Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd. Awal

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Wanita Rahmah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (MAWAR-YADIM) mengucapkan syabas dan tahniah kepada Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd. Awal, 58, Pensyarah Undang-undang Universiti Universiti Kebangsaan Malaysia atas perlantikan sebagai Pesuruhjaya Kanak-kanak bagi sesi tahun ini hingga 2022. Kami turut berbangga dengan perlantikan mantan Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia MPWIM-YADIM ( […]

Arab Saudi rawat 649,690 jemaah haji

RIYADH- Kementerian Kesihatan mendedahkan hampir 650,000 jemaah haji tahun ini menerima perkhidmatan rawatan khusus yang disediakan hospital dan pusat perubatan di Makkah, Madinah dan beberapa lagi kota utama sepanjang musim haji. Kementerian itu berkata, jumlah jemaah yang menerima rawatan di hospital dan pusat kesihatan mencecah 649,690. Jumlah kakitangan Kementerian Kesihatan yang memberi perkhidmatan kepada jemaah […]

Lebih 7,000 dijangka jayakan Malaysia #QuranHour 2019

PUTRAJAYA – Lebih 7,000 dijangka menjayakan program Malaysia #QuranHour 2019 yang buat julung kalinya diadakan di Masjid Putra dekat sini pada 30 Ogos ini. Program anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas masuk tahun kelima penganjuran dengan tema ‘Bangsa Berbudi dan Penyayang.’ Pada tahun ini, Malaysia #QuranHour memilih surah al-Kahfi […]