Home » Langit Terbuka » Arab Saudi rawat 649,690 jemaah haji

Arab Saudi rawat 649,690 jemaah haji

Buat kali pertama tahun ini, Arab Saudi turut menggunakan teknologi robotik untuk memberi khidmat rundingan perubatan termasuk hospital di Mina. - Foto Ghetty

RIYADH- Kementerian Kesihatan mendedahkan hampir 650,000 jemaah haji tahun ini menerima perkhidmatan rawatan khusus yang disediakan hospital dan pusat perubatan di Makkah, Madinah dan beberapa lagi kota utama sepanjang musim haji.

Kementerian itu berkata, jumlah jemaah yang menerima rawatan di hospital dan pusat kesihatan mencecah 649,690.

Jumlah kakitangan Kementerian Kesihatan yang memberi perkhidmatan kepada jemaah tahun ini pula adalah 30,000 orang, manakala 25 hospital disediakan di Makkah dan Madinah dengan jumlah kapasiti keseluruhan 5,000 katil.

Buat kali pertama tahun ini, kementerian turut menggunakan teknologi robotik untuk memberi khidmat perubatan termasuk hospital di Mina. – Agensi

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *