Home » Langit Terbuka » Tahniah Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd. Awal

Tahniah Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd. Awal

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Wanita Rahmah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (MAWAR-YADIM) mengucapkan syabas dan tahniah kepada Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd. Awal, 58, Pensyarah Undang-undang Universiti Universiti Kebangsaan Malaysia atas perlantikan sebagai Pesuruhjaya Kanak-kanak bagi sesi tahun ini hingga 2022.

Kami turut berbangga dengan perlantikan mantan Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia MPWIM-YADIM ( sesi 2013-2019) itu ke jawatan Pesuruhjaya Kanak-kanak yang julung diwujudkan itu.

Kami percaya dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang hak asasi manusia terutamanya berkaitan hak wanita dan kanak-kanak melalui aspek perundangan Prof Datuk Noor Aziah akan dapat menjalankan tugas melindungi hak kanak-kanak.

Selamat menjalankan tugas diucapkan. Semoga kanak-kanak kita mendapat pembangunan dan pembelaan sepenuhnya dalam kita menuju Malaysia sebagai Negara Rahmah.

Dr Hafidzah Mustakim
Pengerusi Majlis Perundangan Wanita Rahmah (MAWAR-YADIM)
24 Ogos 2019

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *