Mufti Sabah Sampai Tauliah Mengajar Agama Kepada Nik Omar

KOTA KINABALU – Mufti Negeri Sabah, Sahibus Samahah Datuk Bongsu @ Aziz Jaafar hari ini (16 Oktober) telah menyampaikan tauliah kebenaran mengajar kepada Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz. Ia adalah satu anugerah khas oleh kerajaan negeri, menerusi Pejabat Mufti Sabah kepada beliau sebagai penghargaan atas […]

25 NGO Islam Sabah sertai mesyuarat MTD

KOTA KINABALU – Sebanyak 25 badan bukan kerajaan menyertai mesyuarat Majlis Tindakan Dakwah (MTD) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk negeri Sabah yang diadakan hari ini (16 Oktober) di sini. Mesyuarat berkenaan adalah bagi tujuan perancangan dan penyusunan semula aktiviti dakwah di negeri ini untuk tahun 2020 hingga 2025. Antara NGO yang menghantar wakil termasuklah […]

Aset Tabung Haji melebihi liabiliti sekarang

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mencatatkan keuntungan bersih RM815 juta bagi separuh pertama tahun ini susulan pelaksanaan langkah penjimatan kos, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh. Katanya, kedudukan keseluruhan TH kekal stabil setakat 30 Jun lalu dengan asetnya berjumlah RM74 bilion berbanding liabiliti RM72.2 bilion – perbezaan sebanyak RM1.8 bilion. […]

Kunjung hormat kepada TYT Sabah

KOTA KINABALU – Delegasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini (16 Oktober) telah melakukan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin. Mengetuai kunjungan ialah Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz dan turut disertai oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah, […]

Dasar ‘Rahmatan Lil Alamin’ berpaksi kepada model Malaysia

SEREMBAN – Dasar Rahmatan Lil Alamin yang akan dilaksanakan kerajaan akan berpaksikan model Malaysia yang turut mengambil kira pelbagai aspek, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. Beliau berkata, antara aspek yang turut merangkumi kepada penggubalan dasar berkenaan ialah Perlembagaan Persekutuan, kepelbagaian kaum, adat dan tradisi serta demokrasi Parlimen. “Turut […]

Isu Aqidah bukan untuk didebatkan – Penganjur Debat Piala Tun Razak perlu bertanggungjawab

PUTRAJAYA – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kesal dengan penganjur Debat Piala Tun Razak yang mengemukakan  tajuk yang  boleh menjejaskan aqidah anak-anak muda kita di bangku sekolah. Debat Piala Tun Razak yang berlangsung di Sekolah Datuk Abd Razak Seremban pada 11 hingga 13 Oktober membawa topik yang bertentangan dengan […]