Home » Citra Yadim » 25 NGO Islam Sabah sertai mesyuarat MTD

25 NGO Islam Sabah sertai mesyuarat MTD

KOTA KINABALU – Sebanyak 25 badan bukan kerajaan menyertai mesyuarat Majlis Tindakan Dakwah (MTD) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk negeri Sabah yang diadakan hari ini (16 Oktober) di sini.

Mesyuarat berkenaan adalah bagi tujuan perancangan dan penyusunan semula aktiviti dakwah di negeri ini untuk tahun 2020 hingga 2025.

Antara NGO yang menghantar wakil termasuklah Rumah Ngaji Sabah, Pertubuhan MUAFAKAT, Persatuan Masyarakat Brunei Sabah, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah dan Persatuan Cina Muslim Malaysia Sabah.

YADIM yang berperanan sebagai penyelaras NGO Islam di negara ini diwakili oleh ialah Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz dan turut disertai oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Leftenan Kolonel Dato’ Dr. Samsu Adabi Mamat serta Shamsul Ma’arif Ismail.

Hadir sama mewakili YADIM ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Kanan Sektor Perkaderan dan Latihan, Kapten (B) Shamsuddin Moner, Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki serta Pengarah Bahagian Pembangunan Daie, Muhammad Ashraf Ab Malik.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan Samin sebelum Nik Omar menyampaikan amanatnya mengenai betapa NGO Islam di Sabah memainkan peranan besar dalam menyebar luas dakwah di sini.

Laporan mengenai operasi dan program Majlis Tindakan Dakwah di Sabah yang telah berjalan sebelum ini kemudiannya dibentangkan sebelum ahli ahli mesyuarat meneruskan perbincangan mengenai pelan dan hala tuju dakwah di Sabah.

Mesyuarat memutuskan untuk mengadakan Bengkel Pelan Strategik Majlis Tindakan Dakwah Sabah bagi merangka gerak kerja operasi dakwah lapangan secara lebih terfokus dan berstruktur pada bulan Disember ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *