Home » Langit Terbuka » Isu Aqidah bukan untuk didebatkan – Penganjur Debat Piala Tun Razak perlu bertanggungjawab

Isu Aqidah bukan untuk didebatkan – Penganjur Debat Piala Tun Razak perlu bertanggungjawab

PUTRAJAYA – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kesal dengan penganjur Debat Piala Tun Razak yang mengemukakan  tajuk yang  boleh menjejaskan aqidah anak-anak muda kita di bangku sekolah.

Debat Piala Tun Razak yang berlangsung di Sekolah Datuk Abd Razak Seremban pada 11 hingga 13 Oktober membawa topik yang bertentangan dengan agama Islam seperti tajuk penulisan semula Al Quran dan amalan homoseksualiti yang turut dilarang dalam perundangan Malaysia.

Walaupun penganjurnya sudah memohon maaf namun mereka perlu bertanggungjawab terhadap  kemudaratan yang telah berlaku ekoran dari kejadian  ini.

Islam menggalakkan kebebasan bersuara dan hak untuk menyatakan pendapat tetapi ianya mestilah berasaskan hujah dari sumber yang sahih dan tidak berpandukan akal dan nafsu semata-mata.

MAWAR-YADIM memohon pihak Kementerian Pendidikan mengambil perhatian serius terhadap perkara  ini dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar peraturan dan garis panduan penganjuran debat yang telah ditetapkan kementerian.

Ini untuk memastikan insiden seperti ini tidak berulang dan mengembalikan  keyakinan   ibu bapa yang mahu anak-anak mereka dididik mengikut lunas-lunas agama yang benar.

Semoga kita semua dapat berganding bahu membangunkan sebuah masyarakat berasaskan kepercayaan yang benar  dan berakhlak mulia dalam Malaysia menuju Negara Rahmah.

Dr Hafidzah Mustakim                                                                                        Pengerusi MAWAR-YADIM

 

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *