Home » Langit Terbuka » Aset Tabung Haji melebihi liabiliti sekarang

Aset Tabung Haji melebihi liabiliti sekarang

Pendapatan TH bagi separuh pertama tahun ini berjumlah RM1.32 bilion datang daripada pelaburan aset tetap (RM663 juta), hartanah (RM292 juta) dan instrumen pasaran kewangan Islam (RM199 juta), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - Foto Kuantan City Portal

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mencatatkan keuntungan bersih RM815 juta bagi separuh pertama tahun ini susulan pelaksanaan langkah penjimatan kos, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

Katanya, kedudukan keseluruhan TH kekal stabil setakat 30 Jun lalu dengan asetnya berjumlah RM74 bilion berbanding liabiliti RM72.2 bilion – perbezaan sebanyak RM1.8 bilion.

“Ini berbanding perbezaan RM1 bilion dalam aset dan liabiliti setakat 31 Dis 2018,” katanya mengenai hasil TH setakat Jun lalu.

Beliau berkata, TH tidak hanya bergantung kepada penjualan aset kerana pendapatannya turut datang daripada dividen, pegangan sukuk, pengaturan pajakan dan deposit bank.

Antara Jan hingga Jun, katanya, pendapatan TH berjumlah RM1.32 bilion yang datang daripada pelaburan aset tetap (RM663 juta), hartanah (RM292 juta) dan instrumen pasaran kewangan Islam (RM199 juta).

Setakat 30 Jun lalu, TH melupuskan aset bernilai RM1.219 bilion yang termasuk saham bernilai RM803.9 juta, instrumen kewangan dengan nilai buku RM405.3 juta dan hartanah bernilai RM10.4 juta.

Jumlah yang dikumpul daripada pelupusan aset ialah RM61.1 juta. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *