Home » Citra Yadim » Mufti Sabah Sampai Tauliah Mengajar Agama Kepada Nik Omar

Mufti Sabah Sampai Tauliah Mengajar Agama Kepada Nik Omar

KOTA KINABALU – Mufti Negeri Sabah, Sahibus Samahah Datuk Bongsu @ Aziz Jaafar hari ini (16 Oktober) telah menyampaikan tauliah kebenaran mengajar kepada Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz.

Ia adalah satu anugerah khas oleh kerajaan negeri, menerusi Pejabat Mufti Sabah kepada beliau sebagai penghargaan atas sumbangan dan kerja keras YADIM dalam membantu lain lain agensi agama menyebarluaskan dakwah di negeri ini.

Dengan penganugerahan ini, Nik Omar diberi kebenaran untuk mengajar agama Islam menerusi kuliah atau yang seumpamanya di seluruh negeri ini.

Tauliah ini disampaikan sempena kehadiran Nik Omar ke Sabah bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Dakwah Sabah anjuran Bahagian Dai’e Al-Rahmah dan YADIM Sabah.

Hadir sama ketika tauliah diberi ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Shamsul Ma’arif Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Kanan Sektor Perkaderan dan Latihan, Kapten (B) Shamsuddin Moner serta Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *