Home » Citra Yadim » 2020 sebagai Pusat Pembangunan Pengetahuan Baru Dakwah

2020 sebagai Pusat Pembangunan Pengetahuan Baru Dakwah

PUTRAJAYA – Sekretariat Perhubungan Serantau, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyasarkan tahun depan untuk menjadikan badan dakwah ini sebagai Pusat Pembangunan Pengetahuan Baru Dakwah.

Sasaran itu ditetapkan dalam Makmal Inovasi Dakwah: Program Pengantarabangsaan YADIM yang diadakan di sini pada 25 Julai lalu.

Makmal ini dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Khas Sektor Penyelidikan & Penerbitan Dakwah, Dr Muhamad Razak Idris.

Hadir sama ialah Pengerusi Federasi Kebangsaan Pekerja Belia, Ahmad Saparudin Bin Yusup, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin dari Global Peace Mission Malaysia, Ahmad Fahmi Adzha Mohd Nasarudin (International Islamic, Federation of Student Organizations), Dr. Farid Mat Zain (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Shahrul Aman bin Mohd Saari (Pertubuhan IKRAM Malaysia).

Dalam pada itu, usaha menjadikan YADIM sebagai Pusat Pembangunan Pengetahuan Baru Dakwah diharapkan dapat dicapai menerusi strategi menjadikan badan ini sebagai lokasi jaringan kerjasama bakti dakwah peringkat serantau mahupun antarabangsa, selain menjadi pusat pengumpulan dan pengagihan dana dakwah.

Ia kemudiannya turut disokong dengan usaha menjadikan badan ini hub dokumentasi dan pengembangan maklumat dakwah serantau serta antarabangsa.

Turut dibincangkan dalam makmal itu ialah pengukuhan dan mengatur gerak kerja yang akan diselaraskan oleh Sekretariat Perhubungan Antarabangsa Yadim (YADIM International Linkages) YIL.

YIL kelak akan berperanan sebagai sekretariat atau pusat perhubungan, perancangan dan pembangunan dakwah YADIM denagan rangkaian dan komuniti antarabangsa. Pada masa yang sama, ia boleh membantu mempromosi konsep rahmah yang dianjurkan kerajaan ke peringkat antarabangsa.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *