Home » Citra Yadim » Sembang santai bersama penghuni Anjung Singgah

Sembang santai bersama penghuni Anjung Singgah

KUALA LUMPUR – Tugas dakwah dipikul Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) memerlukannya menjalankan tanggungjawab berkenaan kepada pelbagai golongan sasar.

Atas tujuan itu, satu majlis bacaan Yassin dan sembang santai telah diadakan bersama penghuni Anjung Singgah, Yayasan Kebajikan Negara di sini pada 18  Julai lalu.

Ia diselaraskan oleh Daie Muda YADIM yang ditempatkan di pusat kebajikan tersebut bermula 24 Jun hingga 27 Julai sebagai salah satu modul latihan mereka.

Program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah sebelum diteruskan dengan majlis bacaan Yassin serta ‘Tazkirah Sembang Santai’ yang disampaikan oleh ketua Penyelaras Daie Muda YADIM, Sabir Abdul Ghani.

Sabir dalam tazkirahnya menjelaskan, penghuni Anjung Singgah merupakan golongan terpilih yang mendapat peluang kedua untuk menjadi individu lebih baik.

Justeru seharusnya mereka bersyukur dengan nikmat dan peluang yang telah diberikan, katanya.

Penghuni Anjung Singgah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat namun tidak mempunyai tempat tinggal tetap.

Mereka merupakan individu yang mempunyai pekerjaan dan menjadikan Anjung Singgah sebagai kediaman transit selepas pulang bekerja.

Sementara itu Pegawai Operasi Anjung Singgah, Amir Rudin Abdul Rahman berkata, pihaknya sentiasa mengalu alukan organisasi seperti YADIM untuk hadir dan mengadakan perkongsian berbentuk kerohanian atau khidmat bakti di tempatnya.

Para penghuni katanya, amat berbesar hati dengan kehadiran Daie Muda yang membantu mereka  merungkai persoalan berkaitan ibadah.

Kehadiran Daie Muda YADIM yang menyantuni pelbagai golongan masyarakat di Anjung Singgah sekaligus membantu menyebarkan konsep rahmah kepada mereka.

 

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *