Home » Citra Yadim » Konsert Amal Senyuman Kemboja terima sambutan luar biasa.

Konsert Amal Senyuman Kemboja terima sambutan luar biasa.

KUALA LUMPUR – Konsert Amal Senyuman Kemboja yang diadakan di sini malam ini (27 Julai) dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Wilayah mendapat sambutan luar biasa.

Tiket tiket yang berharga RM70 dan RM50 habis terjual dan lebih 500 hadirin memenuhi Balai Budaya Tun Syed Nasir di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, tempat konsert amal ini diadakan, sebaik pintu masuk dibuka pada jam 8.

Konsert ini diadakan bertujuan  mengumpul dana sebanyak RM60,000 bagi pembedahan sumbing bibir dan lelangit untuk penduduk miskin terpilih di Kemboja tanpa mengira agama.

Ia juga bagi memberi kesedaran dan maklumat tentang kejadian sumbing bibir dan lelangit kepada orang ramai, selain menggalakkan budaya tolong menolong dan kesukarelawanan.

Hadirin dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan diselang selikan dengan hebahan tentang objektif projek.

Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz turut menyampaikan tazkirah menerusi rakaman video mengenai konsep rahmah, kasih sayang dan amalan bantu membantu.

Antara artis yang membuat penampilan termasuklah kumpulan Miwarna, Art Fazil, Ustaz Don Danial dan Caliph Buskers.

Tidak ketinggalan ialah Lah Ahmad, Arash Mohd, Sham Visa, The Muhibbain, Sofea Humairah dan ramai lagi.

Dengan penyampaian bantuan tanpa mengira latar belakang agama, penganjuran konsert amal ini sekaligus menyerlahkan komitmen YADIM khususnya bagi menyebarkan konsep rahmah.

Ia juga pada masa yang sama merupakan satu bentuk dakwah bukan konvensional, yang terbukti berkesan menarik minat orang ramai, khususnya golongan muda untuk menyertainya.

Selain YADIM, konsert amal ini ditunjangi oleh rakan badan bukan kerajaan  Kengkawan Project,Hospital Beyond Boundaries dan DBP.

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *