YADIM bersedia turun membantu

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melahirkan komitmen untuk menyahut seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohd Al Bakri untuk turun menyantuni kumpulan terjejas akibat musibah Covid 19 yang melanda negara pada masa ini. Perkara ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Pengarah Pengarah Kanan bersama Yang Dipertua YADIM, Yang […]

PM harap pusat zakat seluruh negeri proaktif bantu insan terjejas

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap pusat-pusat pungutan zakat di setiap negeri mengambil langkah proaktif membantu asnaf yang sedang menghadapi kesukaran hidup ketika langkah mengekang wabak koronavirus (Covid-19) sedang dilaksanakan kerajaan. Beliau berkata, ini termasuk membantu mereka yang terjejas pendapatan ketika keadaan ekonomi pada masa ini walaupun mereka tidak disenarai sebagai asnaf. […]

Industri halal kekal berdaya tahan walaupun hadapi tempoh mencabar – HDC

KUALA LUMPUR – Industri Halal terus menunjukkan daya tahan berdasarkan asasnya yang kukuh dalam persekitaran harga minyak mentah semasa yang turun naik dan krisis COVID-19, menurut Halal Development Corporation Bhd (HDC). Ketua Pegawai Eksekutifnya Hairol Ariffein Sahari berkata HDC menyasarkan untuk terus menambah bahagian pasaran Malaysia melalui program strategiknya di tengah-tengah cabaran ini. “Kami melihat […]

Tangguh aktiviti masjid, surau dilanjut, kata menteri agama

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mencadangkan aktiviti melibatkan masjid dan surau termasuk menunaikan solat Jumaat dan berjemaah dilanjutkan sehingga tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) berakhir. Zulkifli berkata, cadangan berkenaan dibuat selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan tempoh PKP sehingga 14 April depan, berdasarkan peningkatan kes […]

COVID-19: Sultan Selangor bimbang rakyat degil patuhi PKP

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan kerana masih ada rakyat yang degil dan tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sejak pelaksanaannya pada 18 Mac lepas. Baginda bertitah kedegilan dan sifat pentingkan diri sendiri dalam situasi kritikal sekarang hanya menyusahkan banyak pihak khususnya petugas barisan hadapan. Sultan Selangor juga menzahirkan kekhuatiran […]