Covid-19: YADIM Kedah santuni asnaf, OKP dan petugas barisan hadapan

PADANG TERAP – Memasuki fasa kedua program Musa’adah Covid-19, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 20 April telah melaksanakan program menyantuni golongan yang terkesan di beberapa kawasan di negeri ini. Kawasan yang pertama disantuni ialah sekitar Felda Lubuk Merbau di sini. Majoriti penerima bantuan di kawasan luar bandar ini merupakan mereka yang berniaga kecil […]

Kadar zakat fitrah Selangor kekal RM7

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menetapkan kadar zakat fitrah bagi umat Islam di Selangor tahun ini pada kadar RM7 seorang, sama seperti tahun sebelumnya. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saipolyazan M.Yusop berkata, kadar itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang mengekalkan kadar sama. “Penetapan kadar zakat fitrah RM7 adalah berdasarkan […]

350 keluarga terima manfaat Musa’adah Covid-19 YADIM Johor

JOHOR BAHRU – Seramai 350 buah keluarga menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Johor menerusi program Musa’adah Covid-19 YADIM pada 20 April. Program yang diadakan dengan kerjasama badan – badan bukan kerajaan (NGO) itu diadakan bagi menyantuni mereka yang terkesan dengan musibah Covid-19 di bandar raya ini, Pasir Gudang dan Kulai, khususnya dari kalangan […]

‘Petisyen pilih mufti amalan tidak sihat’

KOTA BHARU – Kewujudan petisyen bagi pemilihan Mufti Wilayah Persekutuan adalah budaya tidak sihat dan tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, berkata pemilihan mufti adalah hak Yang di-Pertuan Agong. “Setakat ini kita belum putuskan calon yang sesuai dan saya harap semua pihak menghormati kerana […]

RM21 juta bantu sekolah pondok, tahfiz

KOTA BHARU – Kerajaan memperuntukkan RM21 juta bagi membantu sekolah pondok dan tahfiz yang terjejas akibat Covid-19. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, berkata peruntukan itu diambil daripada Belanjawan 2020 yang sudah diluluskan untuk pembangunan fizikal sebanyak RM100 juta. Katanya, kesemua pondok dan sekolah tahfiz di seluruh negara akan […]