Home » Langit Terbuka » RM21 juta bantu sekolah pondok, tahfiz

RM21 juta bantu sekolah pondok, tahfiz

Proses pengagihan bantuan kepada sekolah tahfiz dan pondok akan diberi secara berperingkat menerusi majlis serahan atau pembayaran tunai ke akaun masing-masing, jelas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - Foto hiasan FB

KOTA BHARU – Kerajaan memperuntukkan RM21 juta bagi membantu sekolah pondok dan tahfiz yang terjejas akibat Covid-19.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, berkata peruntukan itu diambil daripada Belanjawan 2020 yang sudah diluluskan untuk pembangunan fizikal sebanyak RM100 juta.

Katanya, kesemua pondok dan sekolah tahfiz di seluruh negara akan dibantu dengan jumlah nilai bantuan yang berbeza-beza bergantung kepada jumlah murid dan guru.

“Sumbangan kepada pondok dan tahfiz terjejas ini kita namakan Program Musaadah kerana kita menitikberatkan pendidikan pondok.

“Bagi pondok dan sekolah tahfiz yang terjejas serta berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kerajaan negeri, kita akan bantu,” katanya ketika sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada Pondok Pasir Tumbuh bernilai RM23,400 di Kota Bharu, Kelantan.

Ahmad Marzuk berkata, proses pengagihan bantuan itu akan diberi secara berperingkat menerusi majlis serahan atau pembayaran tunai ke akaun masing-masing.

“Jumlah pondok yang terjejas akibat Covid-19 masih dalam penilaian pentadbiran kementerian,” katanya. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *