Home » Citra Yadim » Covid-19: YADIM Kedah santuni asnaf, OKP dan petugas barisan hadapan

Covid-19: YADIM Kedah santuni asnaf, OKP dan petugas barisan hadapan

PADANG TERAP – Memasuki fasa kedua program Musa’adah Covid-19, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 20 April telah melaksanakan program menyantuni golongan yang terkesan di beberapa kawasan di negeri ini.

Kawasan yang pertama disantuni ialah sekitar Felda Lubuk Merbau di sini. Majoriti penerima bantuan di kawasan luar bandar ini merupakan mereka yang berniaga kecil kecilan dan menjadi buruh dengan gaji harian. Justeru, pendapatan mereka terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan musibah Covid-19.

Mereka menerima barangan keperluan seperti beras, minyak, gula dan sebagainya bagi meringankan beban.

Sumbangan di sini turut diagihkan kepada beberapa Orang Kena Pengawasan yang tinggal di sini agar mereka tidak merasa dipinggirkan. Proses penyampaian bantuan kepada mereka diadakan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Padang Terap.

YADIM Kedah turut menyampaikan sejumlah peralatan untuk kegunaan petugas di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar. Antara yang disampaikan ialah Peralatan Perlindungan Peribadi, pembasmi kuman, topeng muka, sarung tangan dan air mineral.

Majlis ringkas yang diadakan di Bilik Gerakan Bencana hospital mendapat kerjasama badan bukan kerajaan Inisiatif Bandar Selamat Jitra dan Angkatan Pertahanan Awam Kubang Pasu.

Pada hari yang sama, YADIM Kedah turut menyampaikan sumbangan kepada pasukan Sukarelawan Al Rahmah Sungai Petani untuk di agihkan kepada golongan B40 yang memerlukan sekitar Kuala Muda, serta para petugas di sekatan jalan raya sekitar Alor Setar. Mereka menerima minuman, pembasmi kuman, topeng muka dan sarung tangan.

Program hari ini turut melibatkan Persatuan Cina Muslim Kulim dan Majlis Dakwah Negara Kedah.

YADIM Kedah akan meneruskan lagi program seumpama ini dengan menyampaikan pula bantuan kepada para pelajar institusi pengajian tinggi selepas ini.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *