Ziarah Kasih SAR Selangor ke Klang dan Kuala Langat

SUNGAI KANDIS – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Selangor baru baru ini meneruskan Program Khidmat Bakti: Ziarah Kasih dan Sumbangan ke daerah Klang dan Kuala Langat. Program dimulakan dengan beriadah dan aktiviti senaman di Taman Tasik Rimbayu, Telok Panglima Garang sebelum kumpulan ini bergerak ke lima buah rumah yang telah dikenalpasti di sekitar kawasan ini, […]

120 keluarga nelayan PNK Kuala Terengganu Utara disantuni YADIM Terengganu

SEBERANG TAKIR – Warga nelayan dari Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Terengganu Utara di sini, menjadi kumpulan terkini menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dalam usaha membantu mereka yang terkesan dengan Covid-19. Dalam satu majlis ringkas di pejabat PNK Kuala Terengganu Utara di sini pada 16 Julai, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, […]

Projek rintis serap jawatan guru KAFA dipinda tahun depan

KUALA LUMPUR – Inisiatif pelaksanaan projek rintis pembelajaran Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang sepatutnya dilaksanakan pada tahun ini terpaksa dipinda pada tahun seterusnya susulan pandemik koronavirus (Covid-19) yang melanda negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, inisiatif diusahakan kerajaan terdahulu itu sedang giat […]

Nasrudin terajui Yadim, Mohd Redza Shah pula Pengerusi YaPEIM

SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan dilantik sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang baharu. Beliau menggantikan Nik Omar Nik Abdul Aziz yang melepaskan jawatan itu berkuat kuasa semalam. Sementara itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid pula dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Pembangunan […]

Perlis benar jemaah bawah umur 18 tahun di masjid

ARAU – Perlis membenarkan individu berumur 18 tahun ke bawah menyertai solat berjemaah di semua masjid di negeri itu, berkuat kuasa serta-merta. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kebenaran itu mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah melihat perkembangan positif situasi semasa wabak COVID-19. Solat berjemaah (kecuali solat Jumaat) […]

JAWI, MAIWP disyor hantar mualaf berkelayakan belajar ke universiti Timur Tengah

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), disyorkan supaya turut menghantar peserta Kelas Pengajian Mualaf yang berkelayakan, ke universiti-universiti Islam di Timur Tengah terutama Universiti Islam Madinah, Arab Saudi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata sebagai contoh, […]