Home » Citra Yadim » 120 keluarga nelayan PNK Kuala Terengganu Utara disantuni YADIM Terengganu

120 keluarga nelayan PNK Kuala Terengganu Utara disantuni YADIM Terengganu

SEBERANG TAKIR – Warga nelayan dari Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Terengganu Utara di sini, menjadi kumpulan terkini menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dalam usaha membantu mereka yang terkesan dengan Covid-19.

Dalam satu majlis ringkas di pejabat PNK Kuala Terengganu Utara di sini pada 16 Julai, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Yang Berhormat Bazlan Abd Rahman menyampaikan sebanyak 10 set sumbangan barangan keperluan harian kepada keluarga yang dikenalpasti sebagai gimik menyempurnakan acara.

Hadir sama ialah Pengarah YADIM Terengganu, Mahadi Awang, Penolong Pengarah LKIM Terengganu, Izwan Illiadi Iliassa dan Pengurus Besar PNK Kuala Terengganu Utara, Hafidzan Syazwan Mohd Rashid.

Selesai majlis di pejabat PNK, Mahadi dan kakitangan YADIM Terengganu kemudiannya hadir ke kediaman warga nelayan di kawasan PNK ini bagi menyampaikan sendiri sumbangan.

Secara keseluruhan, seramai 120 keluarga di kawasan ini menerima sumbangan YADIM Terengganu menerusi program Yadim Peduli : Musa’adah Covid-19 ini.

Inisiatif ini akan diteruskan ke Marang pula selepas ini. Sebelum Seberang Takir, ia telah memberi manfaat kepada nelayan di daerah Dungun, Besut, Setiu, dan Kuala Terengganu Selatan.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *