Home » Citra Yadim » Ziarah Kasih SAR Selangor ke Klang dan Kuala Langat

Ziarah Kasih SAR Selangor ke Klang dan Kuala Langat

SUNGAI KANDIS – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Selangor baru baru ini meneruskan Program Khidmat Bakti: Ziarah Kasih dan Sumbangan ke daerah Klang dan Kuala Langat.

Program dimulakan dengan beriadah dan aktiviti senaman di Taman Tasik Rimbayu, Telok Panglima Garang sebelum kumpulan ini bergerak ke lima buah rumah yang telah dikenalpasti di sekitar kawasan ini, Kebun Bharu dan Jenjarom untuk mereka menyampaikan sumbangan.

Mereka yang diziarahi oleh SAR Selangor ini terdiri daripada pesakit kronik, warga emas dan asnaf yang memerlukan.

Kesemuanya menerima sumbangan barangan keperluan harian untuk meringankan beban mereka.

Antara yang hadir dala program ini ialah Pengerusi SAR Selangor, Hasmawi Mahidin dan Setiausahanya, Hanizah Sumiri.

SAR Selangor merancang untuk mengadakan lebih banyak lagi program turun padang seperti ini dengan tujuan menyantuni lebih ramai golongan yang memerlukan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *