Home » Langit Terbuka » Nasrudin terajui Yadim, Mohd Redza Shah pula Pengerusi YaPEIM

Nasrudin terajui Yadim, Mohd Redza Shah pula Pengerusi YaPEIM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (kiri) ketika menerima kunjungan Yang Dipertua YADIM yang baharu. - Foto FB

SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan dilantik sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang baharu.

Beliau menggantikan Nik Omar Nik Abdul Aziz yang melepaskan jawatan itu berkuat kuasa semalam.

Sementara itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid pula dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang baharu.

Mohd Redza Shah menggantikan Datuk Mohd Daud Bakar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, pelantikan Nasrudin dan Mohd Redza berkuat kuasa hari ini.

“Penghargaan khusus saya zahirkan kepada Datuk Dr Daud Bakar dan Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz atas sumbangan dan jasa sepanjang berkhidmat. Semoga ALLAH SWT membalasnya dengan ganjaran setimpal.

“Tahniah saya ucapkan kepada Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid dan Ustaz Nasruddin Hasan. Saya mengharapkan Yadim dan YaPEIM akan terus memacu kecemerlangan untuk ummah,” kata Zulkifli dalam catatan di Facebooknya pada 16 Julai.

Zulkifli menerima kunjungan Nasrudin di pejabatnya hari ini. Nasruddin dan Mohd Redza Shah melakukan kunjungan terhadap Zulkifli hari ini.

Sebelum ini, Yadim mengumumkan pelantikan Nik Omar pada 14 Disember 2018 bagi menggantikan Dr Yusri Mohamad yang menamatkan tempoh jawatannya pada 31 Oktober. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *