Boleh balik kampung sambut Aidiladha

KUALA LUMPUR – Orang ramai boleh pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha berikutan tiada sekatan perjalanan termasuk rentas negeri, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob. Bagaimanapun, beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengawal penularan Covid-19. “Patuhi SOP walaupun kerajaan benar balik kampung, kita kena […]

COVID-19: Masjid guna sangkar hidraulik untuk korban

KUALA LUMPUR – Pengurusan 10 masjid di Wilayah Persekutuan akan menggunakan sangkar hidraulik ketika melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha, mulai Jumaat ini. Pendekatan bersandarkan hasil Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) itu dipilih, selari keperluan pengurusan masjid untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), susulan penularan wabak COVID-19. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan […]

Musa’adah Covid-19 untuk pemandu kereta sewa di Kelantan

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 27 Julai telah menyantuni seramai 70 orang pemandu kereta sewa di negeri ini yang terkesan akibat penularan Covid-19. Mereka yang disantuni adalah pemandu kereta sewa dari bandar ini, Pasir Mas, Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor. Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Aidi Kusuma Mamat menyampaikan sumbangan barangan […]

RSY Pahang santuni mahasiswa terjejas Covid-19

KUANTAN – Prihatin dengan nasib ahli ahlinya, Rakan Siswa YADIM (RSY) Pahang pada 25 Julai lalu telah menyantuni mereka yang terkesan akibat penularan Covid-19. Diwakili oleh penyelaras RSY Pahang, Anis Razani dan Penolong Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM, Nurul Ashikin Zakaria, seramai  15 keluarga ahli RSY disantuni dalam program ringkas berkenaan. Mereka yang disantuni […]

SAR Negeri Sembilan bersama YB Khairy Jamaluddin sampai sumbangan mangsa banjir

RANTAU – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 25 Julai telah menyertai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Rembau, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin melakukan walkabout menziarahi mangsa banjir di sini. Walkabout berkenaan di lakukan di Kampung Bemban, Kampung Sega Hulu dan Kampung Sega Hilir di kawasan Dewan Undangan […]

Bacaan Yasin, solat hajat dan doa selamat sempena Hari Keputeraan Agong pada 29 Julai

KUALA LUMPUR -Majlis bacaan yasin, solat hajat, dan doa selamat sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Wilayah Persekutuan dicadangkan pada Rabu ini 29 Julai 2020. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail berkata cadangan itu telah diberikan […]

RM7.208 juta manfaatkan 394,687 penerima Food bank

TUMPAT – Kerajaan membelanjakan sejumlah RM7.208 juta untuk dimanfaatkan kepada 394,687 orang penerima menerusi program food bank. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ustaz Ahmad Marzuk Shaari berkata, peruntukan berkenaan disediakan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang telah dilaksanakan sejak September tahun lalu. Katanya lagi, pada tahun ini sahaja sejumlah […]

Tubuh sukarelawan YADIM di Labuan

LABUAN – Positif dengan gerak kerja berbentuk sukarelawan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), badan ini disarankan menubuhkan sebuah pasukan sedemikian di pulau ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, antara yang boleh dimanfaatkan dengan penubuhan pasukan itu ialah untuk melaksanakan program ikon milik […]