Home » Citra Yadim » SAR Negeri Sembilan bersama YB Khairy Jamaluddin sampai sumbangan mangsa banjir

SAR Negeri Sembilan bersama YB Khairy Jamaluddin sampai sumbangan mangsa banjir

RANTAU – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 25 Julai telah menyertai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Rembau, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin melakukan walkabout menziarahi mangsa banjir di sini.

Walkabout berkenaan di lakukan di Kampung Bemban, Kampung Sega Hulu dan Kampung Sega Hilir di kawasan Dewan Undangan Negeri Rantau di sini.

Sebanyak 31 rumah mangsa banjir di kawasan berkenaan diziarahi beliau. Khairy turut menyumbangkan wang tunai daripada Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau kepada mangsa mangsa berkenaan.

SAR Negeri Sembilan diwakili oleh Pesuruhjayanya, Ustaz Latif Yunos serta ahli jawatankuasanya dalam lawatan ini. Turut serta dalam walkabaout tersebut ialah wakil daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi islam Malaysia (YaPEIM) dan Pejabat Penerangan Daerah Seremban.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *