Home » Citra Yadim » RSY Pahang santuni mahasiswa terjejas Covid-19

RSY Pahang santuni mahasiswa terjejas Covid-19

KUANTAN – Prihatin dengan nasib ahli ahlinya, Rakan Siswa YADIM (RSY) Pahang pada 25 Julai lalu telah menyantuni mereka yang terkesan akibat penularan Covid-19.

Diwakili oleh penyelaras RSY Pahang, Anis Razani dan Penolong Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM, Nurul Ashikin Zakaria, seramai  15 keluarga ahli RSY disantuni dalam program ringkas berkenaan.

Mereka yang disantuni dalam fasa satu program ini adalah mereka yang tinggal di sekitar Beserah, Balok, Bukit Setongkol, Sungai Isap dan Kampung Kempadang.

Dalam pada itu, mereka turut mengambil kesempatan berbincang tentang program yang boleh dilaksanakan dalam masa terdekat untuk kemaslahatan ahli RSY di Pahang.

Fasa kedua akan diteruskan dalam masa terdekat merangkumi kawasan daerah Rompin, Pekan, Temerloh, Jengka, Jerantut dan Raub.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *