Home » Citra Yadim » Tubuh sukarelawan YADIM di Labuan

Tubuh sukarelawan YADIM di Labuan

LABUAN – Positif dengan gerak kerja berbentuk sukarelawan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), badan ini disarankan menubuhkan sebuah pasukan sedemikian di pulau ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, antara yang boleh dimanfaatkan dengan penubuhan pasukan itu ialah untuk melaksanakan program ikon milik YADIM, Cuci Cuci.

“Saya minta agar selepas ini ditubuhkan pasukan sukarelawan YADIM di sini,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Cuci Cuci Masjid Dan Penyampaian Sumbangan Kepada Asnaf Wilayah Persekutuan Labuan di Masjid Jamek Layang Layangan di sini pada 26 Julai.

Ia diadakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan dan Masjid Jamek Kampung Layang Layangan.

Selain Dr Zulkifli, hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mahadi Sukarno, Pengurus MAIWP Labuan Ahmad Saifuddin Mhd Tahir dan Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki.

Dalam pada itu Dr Zulkifli memberitahu, ketika ini YADIM menggunakan khidmat pasukan sukarelawan dari Sabah untuk sebarang program di sini.

“Sebab kita kena rai banyak tempat, YADIM juga sekarang bukan berpusat di satu tempat, tapi di seluruh Malaysia,” ujar beliau.

Dalam program di Masjid Layang Layangan, seramai 20 ahli pasukan Sukarelawan Al Rahmah YADIM dari Menumbok bergotong royong dengan penduduk kampung membersihkan rumah ibadat tersebut.

Menerusi konsep tersebut, kos pelaksanaan program dapat dijimatkan selain mengeratkan ukhuwah di kalangan peserta.

***

Semakin ramai menerima kesan akibat musibah Covid-19 yang melanda negara. Mari bantu kami untuk membantu mereka.

Orang ramai boleh menyumbang kepada Tabung YADIM Peduli Covid-19 menerusi dua cara mudah.

Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun 5660 1062 5428 (Maybank).

Setiap sumbangan layak mendapat pelepasan potongan cukai.

#stayathome #dudukrumah
#hapuskancovid19
#yadimpeduli #kamiprihatin
#fastabiqulkhairat

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *