YADIM Peduli dengan kerjasama MACMA Perlis

ARAU – Bertempat di Kampung Kubang Lintah di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis telah melaksanakan program YADIM Peduli dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Seramai 10 asnaf yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan disantuni dalam program ini yang dilaksanakan pada 9 Februari. YADIM Perlis dan MACMA juga menyampaikan sumbangan kepada  lima […]

Hari kedua Konvoi Kebajikan YADIM – RTM

KUDAT – Selepas menyantuni komuniti Dusun Bonggi di Pulau Banggi, para peserta Konvoi Kebajikan YADIM – RTM pada 9 Februari telah berkunjung ke Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah  di sini. Pusat tersebut menempatkan seramai 20 anak anak yatim yang memerlukan pembelaan. YADIM telah menyampaikan sejumlah barangan keperluan harian bagi menyantuni para penghuninya. Para peserta rombongan […]

“Saya terima apa saja…”

NIBONG TEBAL – Hati ibu mana yang tidak sedih melihat bayi yang baharu dilahirkan berterusan tidak sihat. Mengalami sawan ketika berusia empat bulan, Adam Alif, 10 bulan kini mengalami masalah di bahagian otak serta tidak dapat melihat selain berkemungkinan diserang sawan pada bila bila masa. Ibunya, Iffah Fuzana Jesni hanya bekerja di warung goreng pisang […]

YADIM Sarawak santuni mangsa banjir Serian

SERIAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawakdan Sukarelawan YADIM Kuching pada 8 Februari telah berkunjung ke daerah ini bagi menyantuni mangsa mangsa banjir. Pusat Penempatan Sementara (PPS) yang pertama dilawati adalah Dewan Masyarakat Serian yang menempatkan 148 mangsa daripada 52 keluarga. YADIN Sarawak telah menyampaikan 52 pek makanan kering kit pembersihan peribadi dan lampin […]