Home » Citra Yadim » “Saya terima apa saja…”

“Saya terima apa saja…”

NIBONG TEBAL – Hati ibu mana yang tidak sedih melihat bayi yang baharu dilahirkan berterusan tidak sihat.

Mengalami sawan ketika berusia empat bulan, Adam Alif, 10 bulan kini mengalami masalah di bahagian otak serta tidak dapat melihat selain berkemungkinan diserang sawan pada bila bila masa.

Ibunya, Iffah Fuzana Jesni hanya bekerja di warung goreng pisang bagi mencari sesuap nasi. Dengan pendapatan sedemikian, amat sukar baginya menampung pelbagai jenis perbelanjaan yang perlu dilunaskan.

Iffah Fuzana kini bergantung harap pada kedua ibu bapanya untuk membantunya meneruskan kehidupan.

“Saya terima apa saja yang orang ramai mahu sumbang,” katanya tersekat sekat menahan sebak ketika ditemui Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 9 Februari yang menziarahinya untuk menyampaikan sumbangan.

YADIM yang diwakili oleh Penyelaras Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan menyampaikan barangan keperluan harian, lampin pakai buang, susu dan wang tunai kepada Iffah Fuzana.

Menerusi Sukarelawan YADIM Nibong Tebal pula katanya, pihaknya akan sentiasa memantau perkembangan Adam Alif dan membantu sekiranya diperlukan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *