Home » Citra Yadim » YADIM Sarawak santuni mangsa banjir Serian

YADIM Sarawak santuni mangsa banjir Serian

SERIAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak
dan Sukarelawan YADIM Kuching pada 8 Februari telah berkunjung ke daerah ini bagi menyantuni mangsa mangsa banjir.

Pusat Penempatan Sementara (PPS) yang pertama dilawati adalah Dewan Masyarakat Serian yang menempatkan 148 mangsa daripada 52 keluarga.

YADIN Sarawak telah menyampaikan 52 pek makanan kering kit pembersihan peribadi dan lampin pakai buang dan air minuman kepada wakil RELA Serian, Halimah Abdullah iaitu pegawai bertanggungjawab di PPS ini.

Lokasi seterusnya ialah PPS Dewan Kampung Slabi Engtukuh, Serian yang menempatkan 42 mangsa daripada 9 keluarga.

Di sini sebanyak sembilan pek makanan kering, kit pembersihan peribadi, lampin pakai buang serta air minuman disumbangkan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *