Home » Citra Yadim » YADIM Peduli dengan kerjasama MACMA Perlis

YADIM Peduli dengan kerjasama MACMA Perlis

ARAU – Bertempat di Kampung Kubang Lintah di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis telah melaksanakan program YADIM Peduli dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA).

Seramai 10 asnaf yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan disantuni dalam program ini yang dilaksanakan pada 9 Februari.

YADIM Perlis dan MACMA juga menyampaikan sumbangan kepada  lima keluarga mualaf di Flat Seri Sena, Kangar.

Program ini juga berjaya mengislamkam seorang pemuda, Tan Soo Lee.

Turut sama dalam program ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kubang Lintah dan tiga orang ahli Sahabat YADIM Perlis.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *