YADIM bantu beri kefahaman imunisasi vaksin

TANAH MERAH –  Kerajaan menggunakan pelbagai medium untuk memberi kefahaman kepada masyarakat bagi memastikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dapat dijayakan sepenuhnya. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, program itu digerakkan dengan kerjasama pelbagai agensi melalui pelbagai medium seperti media sosial dan arus perdana bagi mengelak kekeliruan […]

Covid-19: Yadim salur sumbangan RM1 juta 

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyalurkan sumbangan melebihi RM1 juta kepada lebih 200,000 penerima di seluruh negara bagi meringankan beban mereka yang terkesan ekoran penularan pandemik Covid-19. Yang Dipertuanya, Nasruddin Hassan berkata, sumbangan tersebut diagihkan kepada masyarakat menerusi progam Yadim Peduli: Musaadah Covid-19 yang digerakkan sejak Oktober lalu. “Peruntukan yang digunakan selain daripada […]

Sumbangan Kepada Mualaf Orang Asli Pulau Carey

PULAU CAREY- Pada 28 Februari, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat telah melaksanakan program menyantuni Mualaf Orang Asli di pulau ini. Sebanyak tiga perkampungan di sini dikunjungi iaitu Kampung Melayu Pulau Carey, Kampung Sungai Rambai dan Kampung Sungai Kurau Pulau Carey. Di lokasi pertama iaitu Kampung Melayu Pulau Carey, Sukarelawan YADIM Kuala Langat […]

YADIM Sarawak edar sumbangan orang ramai sekitar Kuching

KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak terus diberi kepercayaan oleh orang ramai bagi berinfaq dan mengedarkan sumbangan mereka untuk golongan yang memerlukan. Pada 28 Februari, dengan kerjasama Geng Sedekah Kamek dan Sukarelawan YADIM Sarawak, mereka bergerak ke beberapa buah perkampungan bagi meneruskan misi bantuan kepada golongan yang memerlukan. Antara kawasan yang disantuni oleh […]

YADIM Peduli: Musaadah Covid-19 untuk pemandu bas sekolah Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Usaha membantu meringankan beban pemandu bas sekolah di negara ini yang terjejas dengan Covid-19 kini dilakukan pula oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor. Bertempat di Pejabat Persatuan Pemilik & Pemandu Bas Sekolah Daerah Johor Bahru, YADIM Johor yang diwakili oleh pengarahnya, Mohd Ammar Abdullah menyampaikan sumbangan kepada 200 ahli persatuan berkenaan […]

YADIM Peduli di Behor Lateh dan Utan Aji

KUALA PERLIS – Hari kedua YADIM Peduli di negeri ini dimulakan dengan program di Kampung Behor Lateh di sini dengan penyampaian sumbangan kepada asnaf di kawasan ini. Program ini turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pemegang Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dr Fathul Bahri Mat Jahya. Hadir sama ialah Ketua Pegawai eksekutif YADIM, Tuan Kamarul […]