Home » Langit Terbuka » Covid-19: Yadim salur sumbangan RM1 juta 

Covid-19: Yadim salur sumbangan RM1 juta 

Seramai 50 orang masyarakat Tiong Hua di Gambang menerima kit makanan bernilai RM50 manakala kanak-kanak menerima beg sekolah beserta alat tulis dalam program YADIM pada 27 Februari. - Foto YADIM

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyalurkan sumbangan melebihi RM1 juta kepada lebih 200,000 penerima di seluruh negara bagi meringankan beban mereka yang terkesan ekoran penularan pandemik Covid-19.

Yang Dipertuanya, Nasruddin Hassan berkata, sumbangan tersebut diagihkan kepada masyarakat menerusi progam Yadim Peduli: Musaadah Covid-19 yang digerakkan sejak Oktober lalu.

“Peruntukan yang digunakan selain daripada bantuan kerajaan, ia juga hasil daripada wang terkumpul yang diinfak oleh orang ramai kepada Tabung Infaq Dakwah Yadim yang dilancarkan tahun lalu.

“Tabung infak tersebut memberi peluang kepada orang ramai yang ingin berdakwah dan melakukan kebajikan walaupun hanya RM1… kita kembalikannya semula kepada mereka yang memerlukan.

“Di samping itu, hasil kolaborasi bersama agensi-agensi agama yang lain juga kita berjaya menyumbang kepada masyarakat dan sehingga Februari ini, lebih RM1 juta telah diagihkan,” katanya kepada pemberita selepas Program Yadim Peduli: Sumbangan Sempena Tahun Baharu Cina dan Kembali Ke Sekolah di sini pada 27 Februari.

Seramai 50 orang masyarakat Tiong Hua di Gambang menerima kit makanan bernilai RM50 manakala kanak-kanak menerima beg sekolah beserta alat tulis.

Sementara itu, Nasruddin berkata, sumbangan sedemikian akan diteruskan lagi selagi masih ada masyarakat yang memerlukan bantuan.

“Gerakan seperti ini bukan sekadar memberi bantuan, tetapi, juga usaha mengeratkan hubungan sesama masyarakat daripada pelbagai kaum tanpa mengira agama dalam negara ini.

“Ini juga merupakan aktiviti dakwah, namun, bukan bertujuan memaksa atau mendesak untuk menerima agama Islam tetapi mempamerkan bahawa tohmahan bahawa Islam adalah pengganas dan ekstrim adalah tidak benar,” katanya.

Terdahulu, katanya, Yadim turut melawat dan berkunjung bertemu pelbagai kaum lain termasuk Kristian dan India.

“Kami hadir dengan membawa wardah Islam yang sederhana di samping menghulurkan bantuan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *