Home » Citra Yadim » Sumbangan Kepada Mualaf Orang Asli Pulau Carey

Sumbangan Kepada Mualaf Orang Asli Pulau Carey

PULAU CAREY- Pada 28 Februari, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat telah melaksanakan program menyantuni Mualaf Orang Asli di pulau ini.

Sebanyak tiga perkampungan di sini dikunjungi iaitu Kampung Melayu Pulau Carey, Kampung Sungai Rambai dan Kampung Sungai Kurau Pulau Carey.

Di lokasi pertama iaitu Kampung Melayu Pulau Carey, Sukarelawan YADIM Kuala Langat telah menyampaikan sumbangan Al Quran dan rehal kepada Masjid Kampung Melayu Pulau Carey.

Sumbangan ini di sampaikan kepada Penyelaras Jabatan Kebajikan Orang Asli Pulau Carey, Muhammad Rosli Mustafa.

Di Kampung Sungai Rambai pula, mereka menyantuni empat buah keluarga, yang kesemuanya menerima sumbangan barangan keperluan dapur serta sedikit wang tunai.

Lokasi terakhir di Kampung Sungai Kurau pula sebanyak 5 buah keluarga masyarakat Mualaf orang asli menerima sumbangan barangan keperluan dapur serta sedikit wang tunai.

Hadir ke program ini ialah Pengerusi Sukarelawan YADIM Kuala Langat, Hasmawi Mahidin serta Setiausahanya, Hanizah Sumiri.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *