Home » Citra Yadim » YADIM Peduli di Behor Lateh dan Utan Aji

YADIM Peduli di Behor Lateh dan Utan Aji

KUALA PERLIS – Hari kedua YADIM Peduli di negeri ini dimulakan dengan program di Kampung Behor Lateh di sini dengan penyampaian sumbangan kepada asnaf di kawasan ini.

Program ini turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pemegang Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dr Fathul Bahri Mat Jahya. Hadir sama ialah Ketua Pegawai eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Pengarah YADIM Perlis, Hafsah Hussain.

Seramai 20 asnaf di kawasan berkenaan menerima sumbangan barangan keperluan harian menerusi program ini yang diadakan di Masjid Al-Shahrani Behor Lateh, Kayang di sini.

Selesai di Behor Lateh, program diteruskan pula di Titi Chai, Utan Aji, bersama komuniti masyarakat Siam di sana.

Seramai lima keluarga masyarakat Siam disantuni juga dengan pemberian barangan keperluan harian.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *