Gotong Royong dan Sumbangan Sukarelawan YADIM Kuala Langat di Kebun Bharu

KEBUN BHARU – Kampung Kebun Bharu menjadi lokasi terbaharu program menyantuni rakyat oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat. Program pada 21 Mac ini bermula dengan aktiviti bergotong royong di rumah keluarga Taipur Ahmad Darso, seorang warga emas yang uzur di sini. Program diteruskan dengan menyampaikan sumbangan lampin pakai buang kepada seorang lagi […]

Musaadah Covid 19 2.0 YADIM Negeri Johor

TANGKAK – Dengan kerjasama Kelab Kebajikan Sayang Ledang, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 21 Mac telah mengagihkan sumbangan barangan keperluan harian kepada asnaf daerah ini. Sebanyak 100 keluarga disantuni dalam program Musaadah Covid-19 2.0 YADIM Negeri Johor ini. Hadir menyampaikan sumbangan bagi pihak YADIM Johor ialah pengarahnya, Muhamad Ammar Abdullah. Kelab Kebajikan Sayang […]

3 beradik cacat penglihatan gembira terima kunjungan Tengku Zafrul

ARAU – Tiga adik beradik cacat penglihatan yang tinggal serumah di Kampung Titi Besi dekat sini meluahkan rasa gembira dan teruja hari ini, kerana menerima kunjungan istimewa daripada Menteri Kewangan Malaysia Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Dalam kunjungan itu Tengku Zafrul menyerahkan cek bernilai RM10,000 sebagai sumbangan projek baik pulih keluarga asnaf Is’ad […]

YADIM Sabah – Bundle Mania santuni mangsa kebakaran Pulau Gaya

KOTA KINABALU – YADIM Sabah terus konsisten menyantuni golongan yang memerlukan di negeri tersebut. Pada 20 Mac, sejumlah 73 keluarga mangsa kebakaran Pulau Gaya disantuni menerusi pemberian kit kebersihan dan pakaian terpakai. Program ini diadakan dengan kerjasama kedai pakaian terpakai, Bundle Mania yang menyumbang 40 pek bakul makanan, 12 kotak minyak masak dan satu pek […]

YADIM Sarawak – Hornbill Triton Santuni penduduk Gayau Jasa

PANTU – Salah satu strategi dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ialah bekerjasama erat dengan badan bukan kerajaan dan kelab kelab di suruh negara. Di Sarawak, antara kelab yang telah terjalin kerjasama sedemikian ialah Hornbill Triton Club. Pada 20 Mac keduanya telah bekerjasama menyantuni saudara kita di Kampung Gayau Jasa, Pantu, Sri Aman. Seawal jam […]

YADIM Murabbi:Bengkel Tahsin Bacaan Solat Saudara Muslim & Orang Asli Melaka 2021 Siri 2

JASIN – Seramai 40 saudara baharu dan Orang Asli negeri Melaka telah menghadiri Bengkel Tahsin Bacaan Solat yang diadakan di Masjid Al Ghaffar di sini. Bengkel pada 20 Mac itu bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. Ia diadakan dengan kerjasamaMajlis Agama Islam Melaka, Jabatan Mufti Negeri Melaka (JMNM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Masjid […]