Home » Citra Yadim » YADIM Sarawak – Hornbill Triton Santuni penduduk Gayau Jasa

YADIM Sarawak – Hornbill Triton Santuni penduduk Gayau Jasa

PANTU – Salah satu strategi dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ialah bekerjasama erat dengan badan bukan kerajaan dan kelab kelab di suruh negara.

Di Sarawak, antara kelab yang telah terjalin kerjasama sedemikian ialah Hornbill Triton Club.

Pada 20 Mac keduanya telah bekerjasama menyantuni saudara kita di Kampung Gayau Jasa, Pantu, Sri Aman.

Seawal jam 7 pagi, para sukarelawan berkumpul melakukan persiapan keperluan dan barang sumbangan di Pejabat YADIM Sarawak sebelum bertolak ke Bahagian Serian sebelum ke Kampung Gayau Jasa.
.
Setibanya di kampung berkenaan, para peserta telah memasang penapis air yang disumbangkan oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Wilayah Sarawak. Ia bertujuan bagi menambahbaik kualiti air Projek Telaga Tiub Water 4Life 1.0 yang diusahakan oleh YADIM melalui kerjasama Yayasan Amal Malaysia pada 2019.

Dalam pada itu, YADIM juga telah menyerahkan sebanyak 21 kotak bantuan pek barangan dapur berupa keperluan dapur seperti beras, tepung, mee hoon, roti bungkus, perisa minuman, gula, kicap, sos kepada Tuai Rumah Panjang Tibu, Abdul Rahman Tibu Abdullah,

Turut disampaikan adalah singki untuk urusan memandikan serta keperluan pengurusan jenazah hasil sumbangan orang ramai.

Ia disampaikan Pengarah YADIM Sarawak Awang Dulhadi Awang Mat kepada Ketua Kaum, Abdul Taib Tibu Abdullah

Awang Dulhadi berkata semoga sedikit sebanyak bantuan yang disalurkan ini akan dapat membantu masyarakat Islam di sini melalui pandemik Covid-19.

Abdul Taib mengucapkan terima kasih kepada Bank Rakyat dan YADIM atas sumbangan serta proses menjayakan pemasangan penapis air yang bermakna bagi penduduk Islam dan khususnya penduduk Kampung Gayau secara keseluruhannya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *