YADIM Murabbi:Bengkel Tahsin Bacaan Solat Saudara Muslim & Orang Asli Melaka 2021 Siri 2

0
180

JASIN – Seramai 40 saudara baharu dan Orang Asli negeri Melaka telah menghadiri Bengkel Tahsin Bacaan Solat yang diadakan di Masjid Al Ghaffar di sini.

Bengkel pada 20 Mac itu bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Ia diadakan dengan kerjasama
Majlis Agama Islam Melaka, Jabatan Mufti Negeri Melaka (JMNM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Masjid Al Ghaffar, Jasin dan Jabatan Kemajuan Orang Asli, Melaka.

- advertisement -

Ustaz Mohd Idzwan Suludin dari JMNM dijemput sebagai penceramah bagi program ini.

Mewakili YADIM untuk program ini ialah Pengarah YADIM Melaka, Muzafar Ab Rahim. Hadir sama
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIM, Ustaz Mohd Arif Rahimi Md Sakih serta Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam JAIM
Ustaz Ahmat Aizat Adam.

Siri 1 untuk program ini telah diadakan pada 27 Februari lalu di Masjid Saiyyidina Ali, Bukit Katil

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here