Makkah sedia terima jemaah umrah yang sudah divaksin

JEDDAH – Makkah bersedia untuk menerima jemaah umrah yang sudah menerima suntikan vaksin sempena Ramadan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA). Perkara itu diumumkan pihak berkuasa berkaitan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Haji yang dipengerusikan Penasihat kepada Penjaga Dua Masjid Suci, selaku Gabenor Mekah Putera Khaled Al-Faisal pada Rabu. Putera Khaled yang juga pengerusi jawatankuasa itu […]

IRSYAD 360 dan kunjung hormat kepada PUO

IPOH – Program Ihya’ Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) yang baharu sahaja dilancarkan pada 7 April terus segera dipacu pelaksanaannya oleh badan dakwah ini. Antara yang terawal ialah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang pada 8 April telah mengadakan program ceramah Ambang Ramadan di Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini. Ia […]

Sumbangan asnaf memerlukan oleh SAY Kuala Langat untuk hadapi Ramadan

SIJANGKANG – Sebagai membantu meringankan beban asnaf dan memberi keceriaan menghadapi Ramadan, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat telah menyantuni tujuh keluarga di sini pada 8 April. Kesemua mereka yang disantuni merupakan asnaf yang dikenalpasti memerlukan dan pesakit kronik. Mereka menerima barangan keperluan harian, sedikit wang tunai dan sumbangan lampin pakai buang. Hadir […]

1,000 program sepanjang Irsyad 360

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyasarkan sebanyak 1,000 program sepanjang pelaksanaan program Ihya Ramadan Sebulan YADIM (Irsyad 360), kata Yang Dipertuanya Ustaz Nasrudin Hassan. Menurut Ustaz Nasrudin, Irsyad 360 akan dilaksanakan di seluruh negara oleh pihaknya sama ada di peringkat pusat ataupun negeri negeri. “YADIM akan berusaha untuk mengimarahkan bulan Ramadan kali ini […]

MUIP sedia RM10 juta sumbangan Ramadan

PEKAN – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memperuntukkan kira-kira RM10 juta untuk diagihkan bagi membantu golongan memerlukan termasuk sumbangan Ihya Ramadan bermula minggu depan. Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Datuk Ahmad Hairi Hussain, berkata daripada jumlah itu, RM4.6 juta disediakan untuk bantuan menyambut hari raya kepada 11,151 penerima dalam kalangan fakir dan […]

Musaádah Covid-19 Kampung Chegar

PENDANG – Menjelang Ramadan yang bakal tiba, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah terus berusaha menyantuni golongan yang memerlukan di negeri ini. Terbaharu telah diadakan program Musaádah Covid-19 2.0 di Kampung Chegar di sini pada 7 April. Selain meringankan beban mereka yang terjejas dengan wabak berkenaan, ia juga bertujuan memberi sedikit keceriaan kepada mereka dalam […]