Home » Citra Yadim » IRSYAD 360 dan kunjung hormat kepada PUO

IRSYAD 360 dan kunjung hormat kepada PUO

IPOH – Program Ihya’ Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) yang baharu sahaja dilancarkan pada 7 April terus segera dipacu pelaksanaannya oleh badan dakwah ini.

Antara yang terawal ialah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang pada 8 April telah mengadakan program ceramah Ambang Ramadan di Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini.

Ia telah disampaikan oleh Pengarah Kanan Sektor Latihan Perkaderan YADIM, Kapten (B) Shamsuddin Moner di dewan utama PUO.

Dengan mematuhi SOP, seramai 250 peserta hadir dari kalangan mahasiswa, para pensyarah dan kakitangan PUO.

Terdahulu, KEMUDA telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah PUO, Mejar (K) Ts Haji Fisal Haroon. Selain Kapten Shamsuddin, turut hadir mewakili YADIM ialah Pengarah Bahagian KEMUDA, Shahrizal  Mat serta Penolong Pengarah Bahagian KEMUDA, Saifullah Baiduri.

Hasil pertemuan ringkas ini, PUO bersetuju membantu KEMUDA membangunkan modul dakwah dan tarbiah yang bersesuaian dengan identiti politeknik itu sendiri. KEMUDA pula menyatakan kesediaan melaksanakan lebih banyak program bersama PUO kelak.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *