Home » Citra Yadim » Musaádah Covid-19 Kampung Chegar

Musaádah Covid-19 Kampung Chegar

PENDANG – Menjelang Ramadan yang bakal tiba, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah terus berusaha menyantuni golongan yang memerlukan di negeri ini.

Terbaharu telah diadakan program Musaádah Covid-19 2.0 di Kampung Chegar di sini pada 7 April.

Selain meringankan beban mereka yang terjejas dengan wabak berkenaan, ia juga bertujuan memberi sedikit keceriaan kepada mereka dalam menyambut bulan berkenaan.

Seramai 40 keluarga disantuni oleh YADIM Kedah dalam program ini yang memfokuskan kepada ibu tunggal dan lain lain asnaf yang memerlukan.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria dan Ustaz Ahmad Kamal  Awang, wakil Pejabat Agama Daerah Pendang.

Program ini diadakan dengan kerjasama Sukarelawan YADIM Pendang dan Malaysian Relief Agency Pendang.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *