RSY Hidupkan Ramadan di Melaka

AYER KEROH – Rakan Siswa YADIM (RSY), selaku cabang mahasiswa gerak kerja badan dakwah ini tidak pernah sunyi dengan pelbagai aktiviti mereka. Pada 24 April, menerusi program RSY Hidupkan Ramadan, pelbagai aktiviti diatur mereka di negeri ini. Seramai 31 ahli RSY Melaka terlibat seawal pagi bagi persiapan program dua hari ini. Selesai solat dhuha dan […]

Ziarah Asnaf Di Tanah Merah

TANAH MERAH – Siri Ziarah Asnaf sempena Ihya Ramadhan Sebulan Yadim (IRSYAD 360) diteruskan pada 24 April oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY)Tanah Merah. Kali ini mereka menziarahi asnaf  di Kampung Bukit Panau, Kampung Padang Bongor, Kampung Jelatok, Kampung Sat dan Kampung Manal di sini. Sebanyak 15 keluarga telah disantuni terdiri daripada pesakit kronik […]

Program Seikhlas Ramadan dan Khatam Al Quran Parlimen Padang Besar

PADANG BESAR – Seramai 80 peserta menyertai Program Seikhlas Ramdan dan Khatam Alquran Parlimen Padang Besar yang diadakan di Kompleks Tarbiah Padang Besar pada 24 April. Program ini diadakan dengan kerjasama Dewan Muslimat Padang Besar. Hadir ke program ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Chuping, Yang Berhormat Asmaiza Ahmad, wakil komuniti, Ustazah Amnah Abd Rahman […]

Keluarga Mangsa Ribut Sungai Kering Disantuni.

YAN – Kami hadir lagi ke Sungai Kering. Kali ini membawa sumbangan barangan keperluan harian pada 24 April. Sebanyak 20 keluarga yang menjadi mangsa ribut disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian, beras dan sedikit wang tunai. Sumbangan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, […]